All News

BRISK WALK DAN GOTONG-ROYONG SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT STHEM

375282620 873186927685324 1358121022624620494 n

STHEM ONLINE: Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti, dan Acara (STHEM) memilih brisk walk dan gotong-royong peringkat STHEM sempena menyambut bulan Kemerdekaan yang ke-66 bagi tahun 2023.

Program kemerdekaan yang turut bertujuan mengetengahkan kesihatan semua staf STHEM disertai oleh 20 orang staf STHEM dijalankan di D’Hospitality Restaurant yang bertempat di Alumni Junction.

Program dimulakan dengan aktiviti brisk walk mengelilingi kawasan sekitar kemudian diteruskan dengan sesi gotong-royong mengemas D’Hospitality Restaurant yang bakal dijadikan pusat latihan STHEM bagi menampung keperluan latihan selain dijalakan di Bangunan STHEM.

Turut hadir Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) STHEM iaitu Encik Muhammad Fauzi Mokhtar, Pengerusi Program Pascasiswazah iaitu Dr. Lina Munirah Kamarudin dan Pengerusi Program Hospitaliti iaitu Norhafizi Nordin.