31
Jul 17

Satu program bersepadu dinamakan Bengkel Strategik STHEM 2017 telah diadakan dari 16-17 Julai 2017 bertempat di EDC, UUM. Bengkel ini melibatkan semua staf akademik, pentadbiran dan tetamu jemputan iaitu dua (2) orang Penilai Luar Program BHM iaitu Prof. Dr. Hj. Mohd Salehuddin Mohd Zahari dari UiTM Shah Alam dan En. Razmi Rahmat, Pengurus Besar Hotel Adya, Langkawi.

Bengkel selama dua hari itu diisi dengan sesi perbincangan pelbagai kumpulan kecil yang dipecahkan mengikut keperluan Pusat Pengajian seperti Kumpulan Pelan Strategik Subject Raking, Kumpulan Semak Semula Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti (BHM), Kumpulan Pelan Strategik Edutourism, Kumpulan 2U2i, Kumpulan Langkawi International Tourism & Hospitality Research Centre (LITH) dan Kumpulan Penambahbaikan Dokumen Penawaran Program Master of Hospitality Management (MHM).

STHEM juga telah mengambil peluang mengadakan sambutan jamuan Aidil Fitri STHEM 2017 pada 16 Julai 2017 tersebut di EDC bersama-sama dengan staf, tetamu dan lain-lain jemputan Pusat Pengajian dan Universiti.

Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish
Please install plugin JVCounter!

School of Tourism, Hospitality and Event Management, UUM College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 8158/8159/8160/8161/8162  | Fax : +604-928 8163 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penafian | Dasar Privasi dan Keselamatan | Notis Hak Cipta
All Rights Reserved. Copyright @ 2016 School of Tourism, Hospitality and Event Management, Universiti Utara Malaysia.
colgis   cas      cob  uum tourism ministry    matta