20
Mar 17

 

KUNJUNGAN DUA DELEGASI JAPAN-MALAYSIA ASSOCIATION KE PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN PELANCONGAN, HOSPITALITI DAN ALAM SEKITAR (PPPPHAS)

 PPPPHAS 9 MAC 2017. Pusat Pengajian telah menerima kunjungan dua delegasi dari Japan – Malaysia Association, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dari Jepun iaitu Mr.Takuji Arai dan Mr. Shunsuke Okano. Kedua-dua mereka juga merupakan pensyarah di negara Jepun.  Mr. Takuji Arai mengajar di dua universiti iaitu Bunkyo University serta Nihon University dalam Bahasa Melayu manakala Mr. Shunsuke Okano adalah pensyarah dalam bidang Hospitaliti dan Pelancongan dari Kyorin University.

Sebenarnya ini adalah merupakan kunjungan kali kedua ke UUM bagi Mr. Arai yang telah mempunyai hubungan dengan UUM Press sebelum ini. Menurut Mr. Arai yang fasih berbahasa Melayu, beliau telah membuat banyak kerja-kerja terjemahan buku termasuk buku-buku keluaran UUM Press, dari bahasa Melayu ke bahasa Jepun di sepanjang penglibatan beliau dengan badan NGO tersebut.

Kunjungan mereka ke UUM di bawah tiket Japan – Malaysia Association bertujuan untuk meninjau peluang-peluang mengadakan kerjasama dalam bidang hospitaliti serta pelancongan, pertukaran pelajar UUM-Kyorin University, serta menawarkan tempat-tempat kepada pelajar UUM yang ingin mengadakan internship di  Jepun. Ini memandangkan  Mr. Shunsuke Okano turut merupakan ahli kepada Japan Travel Bureau (JTB) yang merupakan sebuah badan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pelancongan berpusat di Hokkaido, Jepun.

Kedua-dua delegasi tersebut disambut oleh Ketua Jabatan PPPPHAS iaitu Dr. Kamal Izzuwan Ramli yang mewakili Dekan Pusat Pengajian dan Ketua Penolong Pendaftar, Puan Yus Asma Yusoff di Anjung Tamu.  Turut meraikan ialah wakil dari UUM Press, Pn. Hjh Umi Sofian dan Pengarah Pusat Hal Ehwal Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Prof. Madya Dr. Mohamad Farizal Rajemi yang sama-sama mengiring semasa melakukan kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Satu perbincangan dua hala telah turut diadakan di Bilik Mesyuarat STHEM yang melibatkan lebih ramai staf akademik PPPPHAS dengan dipengerusikan oleh Dr. Kamal Izzuwan Ramli. Hasil rumusan perbincangan tersebut tercapai dengan kedua-dua pihak  bersetuju untuk mengadakan satu bentuk perjanjian berdokumen, namun akan diperincikan dalam tempoh yang terdekat bagi menentukan sama ada JTB atau Kyorin University merupakan pihak yang bersesuaian dari Jepun.

Tamat.

 

Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish
Please install plugin JVCounter!

School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, UUM College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 8158/8159/8160/8161/8162  | Fax : +604-928 8163 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penafian | Dasar Privasi dan Keselamatan | Notis Hak Cipta
All Rights Reserved. Copyright @ 2013 School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, Universiti Utara Malaysia.
colgis   cas      cob  uum tourism ministry    matta