31
Jan 17

Untuk merealisasikan hasrat Universiti dalam bidang Edutourism, UUM telah mengadakan satu perbincangan awal untuk menetapkan Blueprint Edutourism UUM pada 22 Januari 2017 yang lalu.

Perbincangan yang julung-julung kali diadakan ini telah mengambil tempat di  Bilik Mesyuarat Anjung Tamu dan dipengerusikan oleh Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar (PPPPHAS), Profesor Madya Dr. Nurhazani Mohd. Shariff.

Antara yang hadir dalam perbincangan tersebut yang mewakili pelbagai Pusat Tanggungjawab yang berkaitan adalah team PPPPHAS sendiri yang diketuai oleh  Dekan sebagai Pengerusi, Timbalan Dekan, Dr. Johan Afendi, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Kadir Lebai Din, Penyelaras Program Pelancongan, En. Ahmad Edwin Mohamed, Puan Raslinda Mohd Ghazali. Selainnya adalah wakil dari Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Prof. Madya Dr. Adzrool Idzwan Ismail; Pengarah Akademi Golf Negara, Prof. Madya Dr. Azman Yasin; Pengarah CUIC Prof. Madya Dr. Sobri Don; Dr. Fadzli Shah Abdul Aziz dan En. Amri Mahmud dari Jabatan HEP; Pn. Nor Azizah Ismail dari UKK, Canselori; Assistant Manager UTTSB Pn. Maya Myra; dan orang kuat Welcome Centre sendiri iaitu Pn. Hajah Rashidah.

Manakala kehadiran dari pihak tetamu luar adalah merupakan wakil-wakil industri dalam pelbagai bidang Pelancongan iaitu Yang Berbahagia Dato’ Azlie Halim, CEO Intermediate Network yang menghasilkan majalah Santai Travel; Pn. Noraza Yusof, Tourism Consultant; dan Tn. Haji Zainuddin Kadir, Pengerusi Langkawi Tourism Association (LTA)

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah tentang bagaimana untuk memberikan nafas baru terutamanya dalam re-branding dan re-positioning produk dan servis pelancongan UUM dalam menonjolkan konsep edutourism. PPPPHAS dianggap tempat terbaik untuk memberikan sumbangan yang amat besar bukan sahaja dari aspek tenaga pakar malah PPPPHAS mempunyai pelajar-pelajar yang berdedikasi dalam bidang pelancongan. Mereka adalah aset Universiti dan perlu dijadikan pakar rujuk oleh pihak yang terlibat membangunkan Blueprint Edutourism UUM.

Sebagai penutup perbincangan, dirumuskan bahawa satu bengkel yang lebih komprehensif perlu diadakan yang melibatkan lebih ramai pihak industri bagi mengenalpasti hala tuju yang mantap serta menyediakan perancangan yang lebih sistematik dan strategik bagi Blueprint Edutourism UUM.

 

 

Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish
Please install plugin JVCounter!

School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, UUM College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 8158/8159/8160/8161/8162  | Fax : +604-928 8163 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penafian | Dasar Privasi dan Keselamatan | Notis Hak Cipta
All Rights Reserved. Copyright @ 2013 School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, Universiti Utara Malaysia.
colgis   cas      cob  uum tourism ministry    matta