31
Jan 17

Baru-baru ini PPPPHAS melalui Anjung Tamu Universiti telah menerima kunjungan dari 40 pelajar Kolej Antarabangsa Inovatif, Selangor.Kumpulan pelajar tersebut yang diketuai oleh Ms. Sheelah Subramaniam, Pendaftar Kolej tersebut serta diiringi tiga guru pengiring adalah dalam siri lawatan promosi program Pengurusan Pelancongan dan Pengurusan Hospitaliti anjuran Kolej tersebut kepada pelajar-pelajar mereka.

Satu taklimat akademik mengenai program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan (Dengan Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti (Dengan Kepujian) yang ditawarkan di bawah PPPPHAS telah disampaikan oleh Dr. Kamal Izzuwan Ramli selaku Ketua Jabatan dan En. Ahmad Edwin Mohamed selaku Penyelaras Program BTM kepada kumpulan pelawat tersebut. Sesi soal jawab di akhir taklimat turut menjadi rancak dengan pelbagai soalan yang ditujukan mengenai UUM khususnya mengenai kedua-dua program di bawah PPPPHAS. Dengan mendengar sendiri jawapan-jawapan dari penyelaras-penyelaras terhadap kemusykilan mereka, sekaligus telah memberikan kepuasan dan keyakinan kepada pelawat-pelawat tersebut dalam usaha mengenali  UUM dengan lebih dekat.

 Sekian.

Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish
Please install plugin JVCounter!

School of Tourism, Hospitality and Event Management, UUM College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 8158/8159/8160/8161/8162  | Fax : +604-928 8163 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penafian | Dasar Privasi dan Keselamatan | Notis Hak Cipta
All Rights Reserved. Copyright @ 2016 School of Tourism, Hospitality and Event Management, Universiti Utara Malaysia.
colgis   cas      cob  uum tourism ministry    matta