18
Nov 13

 

STHEM ONLINE: Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti & Alam Sekitar (STHEM), UUM COLGIS telah memperoleh tempat ketiga peringkat institusi pengajian tinggi dalam Pertandingan Masakan Master Kedohoq anjuran Jabatan Muzium Negeri Kedah dan Kolej Komuniti Sungai Petani bermula dari 11 November sehingga 15 November 2013 yang lalu. Program yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah yang berlangsung di Muzium Padi Kedah itu turut disertai oleh Kolej Komuniti Sungai Petani, Kolej Komuniti Langkawi, Kolej Komuniti Cenderoh dan lain-lain.

 

Universiti Utara Malaysia telah menghantar dua (2) orang pelajar iaitu Nur Hazwan Abu Hassan dan Mohammad Afdzal Abd Aziz, masing-masing dari jurusan Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dengan kepujian. Pertandingan yang berlangsung dalam 4 pusingan itu menyaksikan Mohammad Afdzal yang baru pertama kali menyertai pertandingan memasak telah tersingkir pada hari ketiga dan Nur Hazwan membawa misi UUM ke pentas akhir pertandingan. Dalam pertandingan akhir pada 15 November 2013, Nur Hazwan berjaya mendapat tempat ketiga, dimana tempat pertama dan kedua berjaya disandang oleh pelajar dari Kolej Komuniti Sungai Petani.

 

Menurut Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti & Alam Sekitar, UUM COLGIS, Dr. Basri Rashid, beliau amat berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar STHEM yang telah berjaya dalam pertandingan tersebut dan pertandingan-pertandingan terdahulu dan harap agar ia dapat menjadi satu dorongan dan inspirasi untuk pertandingan yang akan datang. Beliau juga turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pensyarah UUM yang terlibat dalam melatih dan menyumbangkan idea kepada pelajar-pelajar tersebut iaitu En. Norhafizi Nordin, Pn. Umme Umaimah Amin, En. Muhamad Shahkamal Ideris, En. Mohamad Uda Taha dan Cik Siti Aminah Hasbullah.

 

Habis.

 

Daripada:

 

PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN PELANCONGAN, HOSPITALITI DAN ALAM SEKITAR

College of  Law, Government & International  Studies

Universiti Utara Malaysia

06010 UUM Sintok

Kedah Darul Aman

Tel : 04-9288151 Faks : 04-9288163


14
Nov 13

1 Nov 2013 - 30 Nov 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Yang Berbahagia Prof. Dato'/Yang Berusaha Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan

Dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM), UUM COLGIS akan mengadakan Pertandingan Fotografi "Tourism & Hospitaliti" bertemakan "Sceneries :Tourism and Hospitality activities".

Pertandingan terbuka kepada staf dan pelajar UUM. Sijil akan diberikan kepada setiap penyertaan. Kepada yang berminat boleh menghubungi En. Shakirin atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Dilampirkan juga di dalam emel ini peraturan pertandingan fotografi ini.

17
Jul 12

thicfront

 


About Us

Issue  : Challenges in Tourism and Hospitality Resources
Date   : 23rd-24th November 2012
Venue : De Palma Ampang Hotel, Kuala Lumpur


Conference Fees

Participant             : RM600 | USD195
Student Participant : RM300 | USD 97

The date of abstracts submission has been extend to:
6th September 2012

For more info: Download Brochure

Or visit website : www.thic.uum.edu.my

 

Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish
Please install plugin JVCounter!

School of Tourism, Hospitality and Event Management, UUM College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 8158/8159/8160/8161/8162  | Fax : +604-928 8163 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penafian | Dasar Privasi dan Keselamatan | Notis Hak Cipta
All Rights Reserved. Copyright @ 2016 School of Tourism, Hospitality and Event Management, Universiti Utara Malaysia.
colgis   cas      cob  uum tourism ministry    matta