29
Mar 15

Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara Malaysia (UUM) mengucapkan tahniah kepada enam staf akademik Pn.Nurul Syazana Hishammuddin, Cik Safarina Mohd Rodzi, Dr.Kamal Izzuwan Ramli, Pn. AsmahaRamley, Pn.Eshaby Mustafa dan di ketuai oleh  En. Muhamad Shah Kamal Ideris yang telah menyertai pertandingan inovasi peringkat kebangsaan ‘National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2015’ anjuran Politeknik Muadzam Shah, Jitra, Kedah, pada 24, 25 dan 26 Mac 2015. Mereka berjaya merangkul pingat emas,Anugerah Inovasi Terbaik, dan Anugerah Khas Inovasi Nilai Komersial dalam penyelidikan mereka iaitu ‘Charantia Guava Chocolate’ di dalam kategori makanan dan minuman.

 

Terdapat lapan kategori dipertandingkan seperti Reka Bentuk Alam Bina, Reka Bentuk Industri Pembinaan dan Bahan Binaan, Mesin, Peralatan dan Proses Pengilangan, ICT dan Multimedia, Elektrik & Elektronik dan Telekomunikasi, Makanan dan Minuman,  Perkhidmatan dan Pemasaran Produk dan Alam Sekitar dan Tenaga Boleh Diperbaharui. Pertandingan inovasi ini disertai seramai 969 penyertaan dari pelbagai institusi seperti Politeknik, Universiti, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional, MRSM, Sekolah Teknik dan Sekolah Biasa dari seluruh Malaysia.

25
Mar 15

Persatuan Pengurusan Pelancongan UUM telah menganjurkan Program 'Tourism Orientation Camp 2015' bertempat di Kamung Raga, Yan pada 5-6 Mac 2015 yang lalu. Program ini telah dianjurkan buat kali kedua bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar Semester 1 BTM berkaitan produk pelancongan yang terdapat di Negeri Kedah disamping membentuk sahsiah dan merapatkan lagi hubungan antara pelajar baru dan pelajar lama BTM. Seramai 35 orang pelajar dan 2 orang pegawai pengiring yang terlibat dalam program ini.

Kehadiran rombongan ini disambut oleh Encik Ahmad Fisal bin Mohd Tahir, Pengerusi JKKK Kampung Raga Yan bersama keluarga-keluarga angkat. Pemilihan Kampung Raga Yan sebagai lokasi program disebabkan kampung ini telah berjaya dalam menggerakkan program homestay dan seringkali menjadi model pembangunan masyarakat luar bandar. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan meliputi suaikenal pelajar bersama keluarga angkat, sukan rakyat, gotong royong dan sebagainya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Fisal Mohamad Tahir selaku Pengerusi JKKK Kampung Raga Yan, Dr. Rusdi Omar selaku Dekan PPA COLGIS, PM Dr. Basri Rashid selaku Dekan PPPPHAS, Encik Johan Afendi Ibrahim selaku Penasihat Persatuan Pengurusan Pelancongan UUM, Encik Mohamad Zaki Ahmad selaku Pegawai Pengiring, penduduk kampung, Cik Azrin Adilla Abdullah selaku Pengarah Program, semua AJK dan peserta yang terlibat.

Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish
Please install plugin JVCounter!

School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, UUM College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 8158/8159/8160/8161/8162  | Fax : +604-928 8163 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penafian | Dasar Privasi dan Keselamatan | Notis Hak Cipta
All Rights Reserved. Copyright @ 2013 School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, Universiti Utara Malaysia.
colgis   cas      cob  uum tourism ministry    matta