25
Nov 13

PPA COLGIS ONLINE: Persatuan Pengurusan Pelancongan dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan program mobiliti tidak berkredit iaitu Mobiliti Negeri Jelapang Padi bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 14 hingga 16 November 2013 yang lalu. Program ini berobjektifkan perkongsian budaya di antara dua negeri iaitu Kedah dan Terengganu serta sebagai program timbal balik di atas kunjungan para pelajar pengurusan pelancongan UUM ke UMT atas program Mobiliti Negeri Cantik Budaya Menarik Bersama UMT pada semester lepas. Seramai 39 orang pelajar Pengurusan Pelancongan UMT dan diiringi oleh Dr. Azizul Yadi Yaakop sebagai pensyarah pengiring menyertai program ini.

 

Majlis perasmian program telah diadakan di Dewan Serbaguna SAC dan dirasmikan oleh Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM COLGIS, Dr. Abdul Rahim Jaguli. Beliau berharap untuk mengadakan program berprofil besar iaitu mobiliti berkredit antara universiti untuk pemantapan ilmu di dalam bidang pelancongan bagi kedua-dua buah universiti. Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar UMT adalah pendedahan kepada pengenalan sukan golf oleh Encik Rom Muslim, penyelaras Akademi Golf Nasional UUM dan aktiviti berbasikal di sekitar kampus untuk memperkenalkan kawasan-kawasan yang terdapat di UUM.

 

Pada hari kedua, para pelajar telah dibawa untuk merasai suasana kampung di Homestay Kampung Jeruju, Ayer Hitam, Kedah. Homestay ini dikelola oleh Encik Rosli dengan memberi peluang kepada mereka untuk merasai suasana sawah padi dan beberapa aktiviti perusahaan kampung seperti pembuatan kuih karas, ikan kering dan bersama-sama dalam penyediaan makan tengah hari di sana. Para pelajar juga dibawa melawat Muzium Padi dan sekitar bandar Alor Setar seperti Masjid Zahir, Pekan Rabu dan Menara Alor Setar. Aktiviti terakhir dalam program ini adalah Langkawi Day Trip. Para pelajar dibawa berjalan di sekitar Pulau Langkawi dan melakukan aktiviti Mangrove di Kilim Geopark Langkawi. Ini adalah salah satu aktiviti dalam memperkenalkan destinasi pelancongan utama di Negeri Kedah. Program ini adalah sebagai titik pertama dalam perancangan untuk mewujudkan program dalam skala yang lebih besar iaitu mobiliti berkredit antara pelajar UUM dan UMT di masa akan datang. Ini juga adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar jurusan Pengurusan Pelancongan dan hubungan antara universiti.

 

Habis.

 

 

"UUM COLGIS : WHERE INNOVATION IN GOVERNANCE BEGINS"

 

====================

Daripada:

 

Pejabat Pembangunan Pelajar & Alumni

UUM College of Law, Government & International Studies (UUM COLGIS)

Tel: 04-9287805 / 7806 / 7807

Faks: 04-9287849

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Website: http://ppacolgis.uum.edu.my/

Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish
Please install plugin JVCounter!

School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, UUM College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 8158/8159/8160/8161/8162  | Fax : +604-928 8163 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penafian | Dasar Privasi dan Keselamatan | Notis Hak Cipta
All Rights Reserved. Copyright @ 2013 School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, Universiti Utara Malaysia.
colgis   cas      cob  uum tourism ministry    matta