26
Aug 18

PPPPHAS - 9 OGOS 2018

Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) telah mengadakan lawatan kerjasama ke Kuala Lumpur pada 8 - 10 Ogos 2018 yang lalu. lawatan ini disertai kakitangan akademik dalam bidang pelancongan, hospitaliti dan acara serta staf pentadbiran STHEM.

Sepanjang lawatan ini, deligasi telah mengunjungi beberapa agensi antaranya Hotel EDC KL, UUM KL, Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), Putrajaya Leisures & Services Group (PULSE), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia). Pertemuan diadakan membincangkan potensi-potensi kerjasama baharu meliputi penyelidikan, perundingan, penganjuran bersama dalam beberapa acara, mendapatkan khidmat nasihat pakar bagi memantapkan lagi pengajaran Ketiga-tiga program sarjana muda dan pasca siswazah serta mencadangkan program latihan yang bersesuaian kepada pihak berkepentingan. Semua ini bertujuan untuk memastikan UUM secara umumnya dan STHEM secara khususnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dan berketrampilan bagi memenuhi keperluan industri serta membantu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan utama pelancong di masa depan.

Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish
Please install plugin JVCounter!

School of Tourism, Hospitality and Event Management, UUM College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 8158/8159/8160/8161/8162  | Fax : +604-928 8163 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penafian | Dasar Privasi dan Keselamatan | Notis Hak Cipta
All Rights Reserved. Copyright @ 2016 School of Tourism, Hospitality and Event Management, Universiti Utara Malaysia.
colgis   cas      cob  uum tourism ministry    matta