15
Apr 18

Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) dengan dibantu oleh para pelajar Persatuan Hospitaliti, UUM telah menganjurkan satu program bual bicara serta demonstrasi masakan pada 10 April 2018 (Selasa) bertempat di Auditorium SOIS, UUM. Program ini dikendalikan oleh Pensyarah bidang Hospitaliti iaitu En. Muhammad Fauzi Mokhtar dan Chef selebriti yang juga merupakan Profesor Adjung STHEM iaitu Datuk (Dr.) Redzuawan Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Wan. 

Program yang diberikan nama "DAPOQ HANGAT CHEFF WAN" tersebut telah membuka peluang kepada para peserta untuk menimba ilmu serta dapat mendengar perkongsian pengalaman dari Chef Wan sendiri yang mana beliau dijadikan idola dalam bidang kulinari dan kehidupan. Antara lain objektif program ini adalah sebagai usahasama antara pihak STHEM dan Profesor Adjung Pusat Pengajian dalam berkongsi ilmu dan pengalaman bersama Chef Wan dan para peserta sepanjang karier beliau dalam bidang seni kulinari. Selain itu , program ini telah juga berjaya memberi pendedahan kepada peserta mengenai keunikan bidang kulinari dan peluang cabang perkerjaan yang lebih meluas yang berkaitan dalam bidang ini.

Program ini juga dapat merapatkan hubungan Pusat Pengajian dengan Institusi Pengajian tinggi serta Sekolah Vokasional yang berdekatan dalam konteks perkongsian ilmu dan bidang kepakaran dengan kehadiran pelajar-pelajar dari Sekolah Vokasional di sekitar daerah Kubang Pasu dan Arau . Secara tidak langsung juga, program ini telah dapat sedikit sebanyak menjana pendapatan Pusat Pengajian. Walaupun program tersebut berlansung hampir tiga jam, namun ramai yang menunggu sehingga melewati penghujung program untuk mengambil peluang bergambar dengan selebriti kesayangan ramai itu.

 

Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish
Please install plugin JVCounter!

School of Tourism, Hospitality and Event Management, UUM College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 8158/8159/8160/8161/8162  | Fax : +604-928 8163 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penafian | Dasar Privasi dan Keselamatan | Notis Hak Cipta
All Rights Reserved. Copyright @ 2016 School of Tourism, Hospitality and Event Management, Universiti Utara Malaysia.
colgis   cas      cob  uum tourism ministry    matta