Students | Visitors | Alumni | Edutourism  Image result for facebook logoImage result for instagram logo   

Kelab Pelajar Hospitaliti (Scohost) dengan kerjasama sebuah NGO terkenal di Langkawi, iaitu Trash Hero Langkawi, telah bekerjasama mengadakan aktiviti pembersihan di sepanjang Pantai Tengah, Langkawi.

Acara yang diadakan selama 2 jam itu telah dijayakan oleh sejumlah 60 orang pelajar STHEM UUM dan kumpulan pelajar ini telah berjaya mengumpul sampah sarap seberat lebih 42 kilogram. Semua sampah-sampah yang dikutip telah diasingkan mengikut kategori iaitu plastik, botol kaca, botol plastik, styrofoam, aluminium dan besi. Aktiviti itu juga telah berjaya mengumpul lebih dari 2 kilogram puntung rokok yang dicampak merata-rata di sekitar pantai itu.

Menurut salah seorang peserta yang terlibat, beliau sendiri terkejut mendapati jumlah puntung rokok yang berjaya di kutip adalah 2 kilogram. Namun beliau amat berpuas hati kerana berjaya menhalang sejumlah 2 kilogram puntung rokok dari memasuki air lautan, Kebanyakan dari sampah berkenaan ditinggalkan di tepi pantai berkenaan oleh para pelancong dan orang tempatan.

Wakil Trash Hero, Ulrika Player, turut menyampaikan ceramah pendek berkaitan kepentingan memastikan alam sekitar terpelihara terutamanya dari ancaman plastik dan styrofoam yang bukan sahaja akan membahayakan haiwan akuatik bahkan juga kepada kehidupan manusia.

Menurut Presiden kelab, Muhamad Rusdi, pelajar semester 3 aktiviti ini adalah sebahagian dari aktiviti sumbangan masyarakat kelab. "Usaha ini bukan sahaja untuk memastikan kebersihan dan kelestraian alam sekitar, bahkan juga mengangkat imej UUM kepada masyarakat Langkawi khususnya.

Sekian.