• 13001029 803992436372207 4873885431267775307 n (1)
  • 12974419 803992403038877 2304260011464517112 n (1)
  • sthem5
  • sthem4
  • sthem3
  • 13001029 803992436372207 4873885431267775307 n (1)
  • 12974419 803992403038877 2304260011464517112 n (1)
  • sthem5
  • sthem4
  • sthem3
03
May 17

STHEM - Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menyampaikan syarahan sulung sebagai Profesor Adjung STHEM, Ahad lalu.

Syarahan yang berlangsung di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen itu dihadiri lebih 250 orang pelajar dan staf UUM.

Chef Wan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa telah berkongsi pengalaman dan kepakaran lebih 30 tahun beliau dalam bidang masakan bersama mahasiswa-mahasiswi UUM dalam sesi syarahan tersebut.

Beliau yang memperoleh ijazah dalam Latihan Profesional Chef dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat serta Diploma dari Hotel Ritz, Paris, kini dilantik menjadi Profesor Adjung STHEM selama dua tahun berkuatkuasa 1 Februari 2017 hingga 31 Januari 2019.

Pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung STHEM dibuat berdasarkan pengalaman, kepakaran serta kesesuaian bidang yang diceburi beliau yang dilihat dapat membantu UUM lebih cemerlang lagi dalam bidang akademik khususnya di STHEM.

Hadir sama pada syarahan tersebut, Dekan STHEM, Prof. Madya Dr. Nurhazani Mohd Shariff dan pegawai-pegawai UUM.

 

 

Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish

Please install plugin JVCounter!

School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, UUM College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 8158/8159/8160/8161/8162  | Fax : +604-928 8163 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penafian | Dasar Privasi dan Keselamatan | Notis Hak Cipta
All Rights Reserved. Copyright @ 2013 School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, Universiti Utara Malaysia.
colgis   cas      cob  uum tourism ministry    matta