• 13001029 803992436372207 4873885431267775307 n (1)
  • 12974419 803992403038877 2304260011464517112 n (1)
  • sthem5
  • sthem4
  • sthem3
  • 13001029 803992436372207 4873885431267775307 n (1)
  • 12974419 803992403038877 2304260011464517112 n (1)
  • sthem5
  • sthem4
  • sthem3
03
May 17

STHEM- Satu pasukan Projek EduTourism dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) yang diketuai oleh Dr. Nor Ashikin Mohd. Nor telah mengambil peluang mencuba sendiri perkhidmatan pelancongan dalam kampus UUM dalam usaha membantu mengenalpasti dan menambahbaik produk pelancongan yang disediakan oleh Universiti kepada masyarakat luar.
Bersama-sama mengikuti pasukan tersebut juga adalah sembilan staf yang terdiri dari kakitangan akademik dalam bidang pelancongan, hospitaliti dan pengurusan acara serta dua staf pentadbiran STHEM, meluangkan masa hampir empat jam mengikuti pakej pelancongan kampus yang dikendalikan sendiri oleh Dr. Fadzli Shah Abd. Aziz dari Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Siswaniaga, Jabatan Hal Ehwal Pelajar. 
Aktiviti tersebut bermula secara rasmi di Anjung Tamu dan diikuti dengan lawatan ke lokasi-lokasi menarik lain seperti ke Terminal Punting, Tasik Itik, Ladang Ostrich, Tasik Guthrie, Kelab Golf, Taman Rusa, Kem Sintok, Agro Farm, Pokok Tiga Beradik serta Pusat Ekuin. 
Walaupun padat aktiviti disusun, namun masih terdapat banyak lagi lokasi menarik yang belum sempat dilawati sepenuhnya. Pasukan ini berharap untuk melengkapkan lawatan dalam tempoh terdekat supaya dapat segera memberi input kepada Jawatankuasa Induk Blueprint EduTourism kelak.
Sekian.

 

 

 

Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish

Please install plugin JVCounter!

School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, UUM College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 8158/8159/8160/8161/8162  | Fax : +604-928 8163 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penafian | Dasar Privasi dan Keselamatan | Notis Hak Cipta
All Rights Reserved. Copyright @ 2013 School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, Universiti Utara Malaysia.
colgis   cas      cob  uum tourism ministry    matta