• 13001029 803992436372207 4873885431267775307 n (1)
  • 12974419 803992403038877 2304260011464517112 n (1)
  • sthem5
  • sthem4
  • sthem3
  • 13001029 803992436372207 4873885431267775307 n (1)
  • 12974419 803992403038877 2304260011464517112 n (1)
  • sthem5
  • sthem4
  • sthem3
25
Jan 17

PPPHAS: 25 November 2016

Pusat Pengajian Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM) buat kali ke dua berjaya mengukir nama dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod 48 Hours Non-Stop 'Cucur Peneram' Making 2016.

Kejayaan tersebut telah disahkan oleh wakil MBOR, Nurasyikin Ramli dengan disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Dato' Ahmad Zaini Japar dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim di Restoren D'Hospitality. Rekod ini merupakan rekod  kedua STHEM, selepas kejayaan rekod menghasilkan roti jala selama 72 jam tanpa henti pada tahun 2012.

Rekod ini melibatkan seramai 385 pelajar dan staf UUM secara bergilir menghasilkan cucur peneram bagi tempoh 48 jam tanpa henti mulai 21 November lalu pada jam 3 petang dan berakhir 23 November pada jam 3.30 petang.Pemilihan cucur peneram sebagai subjek utama rekod ini, adalah kerana ingin mempromosikan kuih tradisional negeri Kedah kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga luar negara selaras dengan program Discover UUM 2016 dan juga Tahun Melawat Kedah 2016.

 

Rekod ini turut mendapat sokongan serta tajaan dari Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah  bagi melaksanakan rekod ini.  Sebanyak 50 kilogram (kg) tepung beras, 7.5 kg gula,30 kg gula merah dan 17 liter air digunakan bagi pembuatan cucur peneram untuk tempoh 48 jam. Sepanjang tempoh 48 jam itu, sebanyak 9,500 biji cucur peneram berjaya dihasilkan dan seterusnya dijual kepada kepada pengunjung serta diberikan kepada para peserta yang terlibat.

 

Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish

Please install plugin JVCounter!

School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, UUM College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 8158/8159/8160/8161/8162  | Fax : +604-928 8163 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penafian | Dasar Privasi dan Keselamatan | Notis Hak Cipta
All Rights Reserved. Copyright @ 2013 School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, Universiti Utara Malaysia.
colgis   cas      cob  uum tourism ministry    matta